Wednesday, March 7, 2012

BALUTAN DAN ANDUH

PEMBALUTAN DAN PEMBEBATAN Simpulan Buka Sila Sebelum anda menggunakan apa-apa jenis balutan anda hendaklah mengetahui dahulu cara simpulan buka sila.Ia adalah penting kerana dalam apa jua jenis balutan kebanyakkannya menggunakan simpulan buku sila Lalukan hujung tali kiri di atas tali kanan dan kebawah. Bawa kedua-dua hujung tali ke atas. Lalukan hujung tali kanan ke atas tali kiri dan di bawah. Tarik hujung talu dengan teguh.ini akan mengetatkan ikatan dan membentuk simpulan. Untuk membuka simpulan buka sila, tarik salah satu hunung tali dan satu bahagian pembalut. Dengan memegang simpulan, tarik lurus hujung talu simpulan dan keluarkan. Pembalutan Pembalut Steril Tanggalkan pembukus dan cari hujung pembalut.Buka gulungan pembalut.Buka lipatan steril dengan cermat supaya anda tidak menyentuh pad tersebut. dengan memegang mana-mana bahagian tepi pembalut, letakkan pad tepat pada luka. lilit hujung pembalut yang pendek satu lagi pada anggota dang jug apembalut yuntuk mengukuhkan pad. Lilitkan bahagian hujung pembalut yan gsatu lagi di atas dan di bawah hujung yang pendek sehingga pad tertutup. Teguhkan pembalutan dengan mengikat hujungnya dengan simpulan buka sila.Ikat simpulan ini di atas pad untuk memberi tekanan ke atas luka. Pembalut Kasa Peganglah bahagian tepi lapisan pad kasa.Letakkan tepat pada luka. Letakkan satu lagi lapisan kapas benang bulu di atas pada kasa. Teguhkan balutan dengan pengikat berperekat atau pembalut bergulung. Pembalut Berperekat Tanggalkanpembungkus plaster dan pegang bahagian tepi pembebat dengan bahagian oad ke bawah. Siatkan lapisan pelindung plaster tetapi jangang tangkalkannya.Tanpa menyentuh pad pembebat, letakkan ia tepat ke atas luka Tarik lapisan pelindung dengan cermat.Tekan pada hujung dan tepi lapisan plaster. Pembalut Tangan Dan Kaki Lipat satu kelepet pada asa pembalut.Letakkan tangan mangsa itu dengan pembebat pada atas pembalut dan bawa titik ke atas pergelangan tangan. Lalukan kedua hujung pembalu di sekeliling pergelangan tangan.Silangkan hujung pembalut dan ikat.Tarik titik pembalut untuk mengetatkan lilitan pada atas simpulan dan kemudian selitkan di bawah lapisan pembalut. Pembalut Kepala Letakkan asas pembalut di tengah-tengah dahi mangsa supaya ia terletak di atas kening.Biarkan hujung pembalut terjuntai di belakang bahu. Bawa kedua-dua hujung pembajut di sekeliling kepala pada belakang telinga.Silangkan kedua-dua hujung pada titik prtemuan pembalut pada tengkuk. Bawa kedua-dua hujung pembalut ke depan dan ikat di tengah-tengah dahi dengan simpulan buka sila. Teguhkan kepala mangsa dan tarik titik pembalut untuk mengetatkan lilitan dan memperkemaskan pembalutan atas kepala, kemudian dengan pin. Pembebatan Pembebat Bergulung Letakkan ekor pembalut di bawah tempat kecederaan.Mulakan lilitan dari bahagian bawah anggota.Buat dua lilitan lurus dengan kepala pembalut. Buat beberapa siri lilitan pada anggota.Setiap lilitan hendaklah antara 1/2 dan 2/3 lapisan di bawah. Selesaikan pembalutan dengan satu lilitan lurus dan sematkan pada hujungnya dengan klip, taoe berperekat atau pen penyemat. Jika pembalut pendek gunakan pembalut satu lagi dalam cara yang sama. Periksa peredaran darah anggota yang tercedera,Jika balutan terlalu ketat, buka balutan balut semula supaya longgar. Pembebatan Siku dan Lutut Sokong lengan yang tercedera dalam posisi separuh bengkok.jika keadaan ini tidak boleh dilakukan, sokong lengan dalam posisi yang selesa bagi mangsa itu. Lekatkan ekor pembalut pada bahagian dalam siku dan lilitkan pembalut 1 1/2 kali pada sekeliling luki supaya sendi siku tertutup. Bawa kepala pembalut ke atas siku ke bahagian atas lengan dan buat satu lilitan dengan menutup setengah lapisan pertama pembalut. Bawa kepala pembalut pada atas siku ke bahagian atas lengan dan lilit satu kali di sekeliling bahagian bawah dengan menutup setengah daripada lilitan lurus yang pertama. Teruskan lilitan pembalu yang berselang-seli dengan menutup hanya 1/2 dan 2/3 lapisan lilitan yang dibawah. JANGAN balut terlalu ketat kerana ini akan menghalang peredaran darah. Sling Sling Lengan Letakkan pembalut antara lengan dan dada.Tarik salah satu hujung pembalut ke belakang atas tengkuk ke arah anggota yang tercedera. BAwa lah bahagian bawah hujung pembalut ke atas lengan mangsa untuk bertemu dengan satu lagi hujung pembalut pada atas bahu. Ikat satu simpulan buku sila atas bahagian lekuk tulang selangka di bahagian anggota yang tercedera dan selitkan hujung pembalut di bawah simpulan. Untuk meneguhkan titik ikatan, bawalah ia ke depan.Selitkan sebarang pembalut yang longgar dan ketatkan di atas siku dengan pin penyemat. Sling Pengangkat Letakkan lengan pada bahagian anggota yang tercedera di atas dada.hujung jari hendaklah menyentuh bahu sebelah. Bentangkan pembalut ke atas lengan mangsa dengan satu hujung terletak di atas bahu.Titik pembalut hendaklah di bawah siku yang tercedera. Mintalah mangsa supaya menepaskan tangannya.Dengan menopang lengannya,selitkan asas pembalut di bawah dan di belakang siku. Bawa bahagian hujung pembalut merentangi belakang mangsa untuk bertemu hujung pembalut yang satu lagi pada atas bahu. Ikatlah dengan ikatan buku sila pada atas tulang selangka.Selitkan hujung ikatan di bawah simpulan. Li[pat dei depan titik pembalutan dan ketatkan sebarang lapisan atau lilitan yang longgar dengan pin penyemat. Sling Ubahsuai Jika mangsa memakai sehelai jeket, bukalah jeket mangsa dan lipatkan keatas lengan yang tercedera.Sematkan dengan pin pada jeket. Jika mangsa memakai kot berbutang, jeket atau kot labuh, anda boleh membuka butang dan selitkan lengan yang tercedera pada jeket dan butangkan semual. Sematkan dengan pin lengan baju pada sebelah dada.Sematkan lengan paju keatas bahu dengan pin penyemat. Anda boleh menggunakan tali pinggang, tali leher atau lain-lain bahan untuk membuat sokongan.Jangan gunakan kaedah ini jika anda mengsyaki bahagian bawah lengan telah patah.

PENGSAN

PENGSAN Pengsan atau syncope , adalah keadaan dimana seseorang itu hilang kesedaran disebabkan oleh pengurangan bekalan darah beroksigen ke otak. Simptom-simptomnya termasuklah tidak sedarkan diri, pucat dan denyutan nadi yang perlahan. Disebabkan bekalan normal disimpan, pemulihan dari pengsan biasanya cepat dan sempurna, walaupun ada yang mengatakan insiden penghadan oksigen yang membawa kepada pengsaan boleh menyebabkan kerosakan otak kumulatif. Pengsan adalah berbeza dari keadaan kejutan yang lebih merbahaya, sehingga boleh menyebabkan kehilangan darah yang serius dari setiap bahagian badan dan dicirikan oleh denyutan nadi yang cepat, berpeluh dan kulit menjadi lembap. Pengsan mungkin merupakan reaksi terhadap kesakitan, takut, gangguan emosi yang keterlaluan, letih atau kurang makanan. Ia juga boleh berlaku selapas aktiviti fizikal yang berpanjangan, terutamanya dalam keadaan yang panas dan atau dalam keadaan berdiri, yang menyebabkan darah lebih mudah terkumpul di bahagian bawah badan. Apabila seseorang pengsan, mereka akan jatuh, menjadikan badan berada dalam keadaan vertikal menyebabkan kitaran darah lebih mudah sampai ke otak. Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk mengelakan dari berlakunya pengsan seperti : § Jangan bermain apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan § Pastikan cukup udara segar dalam bilik permainan § Jauhkan dari berada dalam keadaan berdiri dan tidak bergerak untuk jangka masa yang lama. § Jika boleh, berdiri di tempat yang tidak mendatangkan bahaya sekiranya terjatuh semasa pengsan. Sebelum pengsan, seseorang itu akan menjadi pucat dan melaporkan berasa pening, mual, mendengar bunyi dalam telinga atau merasa seperti hendak pengsan. Pada masa ini anda perlu bertindak dengan pantas dengan mengalihkan sebarang benda yang boleh mengganggu pernafasan, dan membawa seseorang itu supaya duduk di kerusi sambil menarik nafas sedalam mungkin dengan menundukan kepala diantara kedua lutut.Bertenang, diam dan ingat bahawa mereka sedang merasa tidak selesa dan mungkin terkejut. Sekiranya seseorang itu terus pengsan, alihkan sebarang benda yang boleh mengganggu pernafasannya, baringkan mereka dan sokong kakinya untuk memastikan bekalan darah mengalir ke otak. Mereka mungkin sedar dengan cepat, walaupun mungkin tidak sepenuhnya dalam beberapa minit awal. Biarkan mereka sehingga mereka betul-betul selesa dengan keadaannya sendiri. Biarkan juga mereka berehat untuk setengah jam atau lebih. Jika mereka tidak sedar untuk jangka masa yang lama, dapatkan bantuan dengan segara. Periksa pernafasan dan denyutan nadi dan bersedia untuk memberikan bantuan pernafasan jika anda tahu. Bantuan perubatan perlu diberikan jika mereka masih tidak sedar, sakit dan sekejap sedar sekejap tidak, terutamanya jika drug diberikan.

Monday, March 5, 2012

PANGKAT-PANGKAT PEGAWAI

LEFTENAN MUDA
LEFTENAN
KAPTEN
MEJAR

BENDERA TKRS

Bendera TKRS dan KRS adalah seperti di atas, dengan warna hijau sebagai warna latarnya.

COGAN KATA KRS

" Ilmu, Iman, Amal "

SEJARAH PENUBUHAN KRS

Kadet Remaja Sekolah telah diasaskan penubuhannya oleh Ustaz Mohd. Thani bin Sha'ban dari SMK Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan berunifom kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya seramai 20 orang terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan dua. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman dan beramal selain mempunyai akhlak yang mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan Islam sebagai cara hidup ( ad-Deen ). Mulai 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya SM. Taman Tun Dr. Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazila Abdul Ghani, SM Seri Titiwangsa dipimpin oleh Encik Anuar bin Abdul Aziz dan SMA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor dipimpin oleh Encik Abu Hassan Morad. Pada 1993, sebanyak 53 buah sekolah dari seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah KPM telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordin, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini, tesis mengenai KPIM telah dibentangkan dan hasilnya, satu jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama Kadet Putera-Puteri Islam (KPIM). Walaubagaimanapun, nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada Kadet Remaja Islam (KRIS). Sementara itu, taklimat dan pendedahan kepada pengarah-pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh Y Bhg Datuk Dr Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum dan jantina. Upacara pelancaran KRS peringkat kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharram 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di SMK Raja Abdullah.

LOGO KRS

LOGO KRS